33 Dikompaun, Enam Warga Tempatan di Tangkap

Spread the love

KUCHING, 31 Ogos: Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 33 orang dikenakan tindakan kompaun manakala enam warga tempatan telah ditangkap kerana di dapati melakukan aktiviti di bawah “negative list”.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bertindak tegas terhadap individu yang sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sekali gus menyaksikan jumlah yang dikenakan kompaun semakin meningkat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi laporan harian COVID-19 pada Selasa melaporkan, Bintulu merekodkan jumlah paling ramai di kompaun iaitu , 15 orang, diikuti Kuching (11), dan Sibu (7).

“Enam warga tempatan turut ditangkap atas kesalahan melakukan aktiviti dibawah “negative list”. tambah JPBNS.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.