Sarawak tidak mahu terus merisikokan 30% populasi tidak divaksin, perlukan kajian segera

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 30 Ogos : Sarawak tidak mahu terus merisikokan 30 peratus populasi negeri iaitu kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun yang cenderung dijangkiti Covid-19 tetapi terpaksa tidak divaksin ekoran kebimbangan kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian baru yang menunjukkan Vaksin Sinovac selamat untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun sehingga remaja 17 tahun.

Menurut Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian kajian baharu ini telah dibuktikan The Lancet yang menerbitkan kajian tentang keberkesanan dan keselamatan vaksin ini untuk mereka yang berumur 3 hingga 17 tahun.

“Kita memerlukan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) melihat kemungkinan ini untuk mengkaji semula kajian yang telah dilaksanakan di peringkat awal klinikal (peringkat 1 dan 2) dan mungkin juga boleh mempertimbangkan kajian di peringkat 3 iaitu bagi golongan dewasa,” kata Dr Sim melalui catatan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Tegasnya, kajian perlu dilakukan secepat mungkin agar vaksin Sinovac ini dapat diiktiraf dengan segera untuk golongan berkenaan dan suntikan vaksin boleh dimulakan dalam masa terdekat.

“Berdasarkan bukti-bukti saintifik dan penerbitan kajian terbaharu The Lancet, Kementerian Kesihatan China telah pun mengiktiraf dan membenarkan penggunaan vaksin Sinovac untuk golongan umur 3 hingga 17 tahun di negara berkenaan.

“Ini sekaligus menunjukkan tindakan pantas kerajaan negara ini dalam memerangi wabak COVID-19,” katanya.

Dengan kelebihan ini juga, jelas Dr Sim, ia bakal mampu meningkatkan pilihan dalam penggunaan vaksin sebagai senjata memerangi wabak ini.

“Ketika ini, penggunaan vaksin amat terhad untuk beberapa golongan umur. Hanya vaksin Pfizer yang dibenarkan oleh NPRA untuk mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun,” ujarnya lagi.

Beliau menggesa agar perkara ini dipertimbangkan dan dikaji dengan teliti supaya pembukaan sekolah dapat dilakukan dalam keadaan yang benar-benar selamat.

“Kita perlu memvaksin populasi negara seramai yang boleh lebih-lebih lagi di negeri ini termasuk 30% populasi Sarawak yang terdiri daripada kanak-kanan berusia tiga hingga 17 tahun,” ujarnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.