Gagal memakai pelitup muka, ‘dine in’ antara punca 45 notis dikeluarkan PDRM Sarawak

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 30 Ogos : Kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memasuki premis tanpa mengimbas MySejahtera, tidak menjaga penjarakan fizikal, mengunjungi premis yang tersenarai dalam ‘negative list’ antara punca 45 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak, pada Isnin.

Kompaun terbanyak dikumpul di daerah Kuching dengan 35 notis dikeluarkan, 4 di Miri, Bintulu (3), Saratok (2) dan Padawan (10).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun terkumpul setakat ini sebanyak 10,279,” katanya.

Sebanyak 26 notis direkodkan di bawah kesalahan berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah.

Lima notis diberikan masing-masing kepada mereka yang gagal mematuhi SOP iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Lapan notis melibatkan kesalahan melanggar SOP iaitu gagal mengimbas MySejahtera atau gagal mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

“Tiga notis dikeluarkan kerana mengunjungi premis di bawah senarai ‘negative list’,” jelasnya.

Dua lagi notis dikenakan kepada mereka yang gagal menjaga penjarakan fizikal dan satu notis dikeluarkan ke atas individu yang masih berdegil untuk makan di kedai makanan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan enam jumlah kompaun mingguan dikeluarkan membabitkan daerah Betong dan Limbang atas kesalahan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Laporan-laporan ini adalah berdasarkan kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di bawah laporan notis kompaun, pada Isnin.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.