COVID-19 Sarawak : Kematian baharu libatkan kanak-kanak lapan tahun

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan dua kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 di negeri ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan seorang lelaki berumur 59 tahun.

“Kanak-kanak perempuan ini berasal dari daerah Serian dan disahkan meninggal dunia di hospital daerah berkenaan setelah dikesan positif COVID-19 pada 21 Ogos lepas. Tiada sebarang sejarah penyakit dikenal pasti untuk kanak-kanak ini,” kenyataan itu yang dikeluarkan pada hari ini menyebut .

“Manakala, bagi kes kematian lelaki warga tempatan yang berasal dari daerah Sibu, beliau disahkan meninggal di hospital daerah berkenaan dengan latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, gout dan penyakit buah pinggang kronik,” tambahnya.

Lelaki tersebut dikesan positif COVID-19 pada 23 Ogos lepas.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak sebanyak 519 kes.

Sementara itu, JPBN Sarawak turut mengumumkan 2,522 kes baharu COVID-19 pada Ahad.

Sebanyak 2,104 kes dirawat di bawah Kategori 1 (tiada gejala), 416 kes di bawah Kategori 2 (gejala ringan), satu kes masing-masing direkodkan di bawah Kategori 3, iaitu jangkitan paru-paru, dan Kategori 4, jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.

Bagaimanapun, tiada kes dirawat di bawah Kategori 5, iaitu tahap kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.