Jumlah Terkini Kes COVID-19

COVID-19 : Kes di Sarawak naik 224 peratus pada bulan ini

By Bernama
Spread the love

KUCHING: Kes jangkitan COVID-19 di Sarawak naik mendadak pada bulan ini dengan 35,517 kes baharu iaitu peningkatan sebanyak 224 peratus berbanding tempoh sama pada Julai.

Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata kehadiran varian Delta yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi menjadikan ia faktor utama kes tinggi di Sarawak khususnya di Zon Selatan yang merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

“Setakat ini, varian Delta telah dikesan di 10 bahagian di Sarawak manakala kadar pengesanan varian Delta setinggi 99 peratus telah dilaporkan di Bahagian Kuching,” menurutnya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, walaupun kadar imunisasi COVID-19 di Sarawak telah mencapai 90.9 peratus bagi dos pertama dan 87.9 peratus bagi dos kedua setakat 28 Ogos, namun kira-kira 30 peratus daripada kes harian merupakan golongan bawah 18 tahun yang masih belum layak menerima vaksin.

“Kadar penggunaan katil bagi kes rawatan kritikal di seluruh Sarawak menunjukkan peningkatan pada bulan ini tetapi ia masih pada tahap pihak hospital masih berupaya menguruskannya,” katanya.

Dr Mohamed Sapian turut memaklumkan sebanyak enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Awam dijangka beroperasi semula manakala empat PKRC Awam yang baharu akan memulakan operasi sekiranya kes semakin meningkat.

“Sekiranya kes masih banyak dan meningkat setiap hari, penggunaan sumber tenaga dan perkhidmatan kesihatan mungkin akan lumpuh.

“Ini akan mengakibatkan tindakan intervensi seperti pengasingan pesakit dan pengesanan kontak akan terjejas teruk,” katanya.

Ketika ini, sebanyak 45 PKRC dibuka di seluruh Sarawak yang terdiri daripada 41 PKRC Awam berkapasiti 7,465 katil, dan empat PKRC Tahanan berkapasiti 1,072 katil. – BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.