Sebanyak 99 peratus kes varian Delta dalam kategori 1,2 sudah divaksinasi

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 29 Ogos: Sebanyak 99 peratus pesakit dijangkiti Covid-19 varian Delta di Sarawak yang sudah divaksinasi berada dalam kategori 1 dan 2 sahaja.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, 99 peratus pesakit Covid-19 dalam kumpulan ini akan pulih.

Katanya, ia adalah berdasarkan pemerhatian tempatan semasa termasuk di luar negara.

“Kebanyakan mereka yang sudah divaksinasi dan kemudiannya dijangkiti Covid-19 hanya akan mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Antara langkah untuk mendiagnosis diri sendiri sekiranya dijangkiti adalah dengan menggunakan ujian RT-PCR (PCR) atau RTK Antigen (RTK-Ag).

“Ia bagi mengelak berlakunya penyebaran jangkitan kepada orang lain sekaligus menghentikan potensi penularan,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Dr Sim memuji usaha rakyat Sarawak serta berterima kasih di atas persefahaman, kerjasama, kesanggupan beratur panjang di pusat ujian awam dan swasta, untuk memastikan keadaan diri sama ada dijangkiti atau tidak, supaya tidak menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

“Langkah berjaga-jaga masih perlu diutamakan,” tegasnya lagi.

Namun begitu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik atau keliru dengan berita palsu sebaliknya terus memainkan peranan untuk mengurangkan penularan dalam komuniti.

Dengan itu, rakyat akan dapat meneruskan kehidupan dengan selamat secara langsung tidak membebankan sistem hospital.

“Ramai doktor dan pasukan mereka ketika ini bekerja sehingga jam 3 hingga 4 pagi untuk melengkapkan siasatan kes. Ini bukan sahaja luar biasa tetapi benar-benar di luar waktu tugas mereka,” ujarnya.

Kes Covid-19 yang direkodkan setakat 28 Ogos 2021 kebanyakkannya melibatkan jangkitan komuniti tempatan (kluster keluarga, kluster tempat kerja dan kluster sosial) dalam tempoh 14 hari lepas.

“Selepas 18 bulan hidup bersama Covid-19, kita masih perlu memainkan peranan kita dengan mendisiplinkan diri, mengamalkan langkah-langkah bukan farmaseutikal dan kesihatan awam meskipun sudah menerima dua dos vaksin.

“Tanpa mengira apa jenis varian sekalipun. Virus akan tetap ada dan sentiasa berubah untuk bertahan dalam komuniti. Kita sebagai manusia juga perlu melakukan yang sama untuk bertahan dan terus hidup di muka bumi ini,” kata Dr Sim.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.