SPRM: Jurutera, Penolong Jurutera antara lima ditahan kes rasuah

By Yazid Bin Ibrahim
Spread the love

SHAH ALAM, 18 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan lima individu termasuk seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM130,000.

Sumber SPRM berkata dua lagi yang ditahan adalah penolong jurutera jabatan kerajaan, manakala dua lagi ialah pengurus syarikat kontraktor, dan kesemua suspek lelaki berusia 37 hingga 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor antara pukul 1.30 tengah hari hingga 5 petang tadi selepas hadir memberi keterangan.

Katanya sekitar tahun 2019 hingga tahun lepas, jurutera dan seorang penolong jurutera yang bertugas di sebuah daerah di Selangor itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM120,000 daripada kontraktor terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan raya dan pembinaan sekolah tahfiz di daerah berkenaan.

“Difahamkan, kontraktor terbabit tidak layak untuk memperoleh projek itu, namun telah menggunakan nama syarikat-syarikat lain bagi membolehkan mereka mendapat projek itu.

“Sementara itu seorang lagi penolong jurutera yang bertugas di tempat yang sama pula dipercayai telah meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM8,000 daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan memperakukan kerja-kerja siap bagi penyelenggaraan dan pembaikan kecil ruang pejabat di jabatan itu,” katanya.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.