Varian Delta : Filipina lanjutkan sekatan perjalanan terhadap India, sembilan negara lain

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

MANILA, 13 Ogos — Filipina melanjutkan sekatan perjalanan terhadap semua pelancong dari India dan sembilan negara lain hingga 31 Ogos berikutan kebimbangan jangkitan kes varian Delta, kata jurucakap presiden Harry Roque pada Jumaat.

Varian Delta telah menular di negara itu dengan 627 kes dilaporkan, termasuk 11 kematian.

Selain India, Filipina turut menyekat kemasukan pelancong dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu, menurut Xinhua.

Bagaimanapun, rakyatnya di luar negara yang mengikuti program penghantaran balik dibenarkan pulang, tetapi harus menjalani kuarantin 14 hari selepas ketibaan.

Kes jangkitan COVID-19 membabitkan varian Delta semakin meningkat, mendorong kerajaan melaksanakan kembali penutupan dan sekatan lebih ketat di Manila dan wilayah lain.

Filipina kini merekodkan 1.7 juta kes jangkitan termasuk 29,539 kematian.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.