‘Ustaz Budak’ didakwa lagi kes cabul kanak-kanak lelaki

By TVS
Spread the love

PASIR MAS, 11 Ogos — Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.

Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy, yang dijalankan secara dalam talian bagi membendung penularan COVID-19.

Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa dengan maksud seksual meraba bahagian kemaluan kanak-kanak itu di sebuah bilik tidur di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, dalam kejadian jam 9.45 pagi, 3 Ogos lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar memohon supaya tidak dibenarkan jaminan berikutan ia melibatkan kes cabul terhadap remaja bawah umur, manakala tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri merayu agar anak guamnya diberi jaminan yang rendah.

Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan dan menetapkan 19 Sept depan bagi sebutan semula kes serta laporan perubatan mangsa.

Sebelum ini Syamsul Zaman pernah didakwa dengan 12 kes yang membabitkan jenayah seksual namun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu dan ia masih di peringkat perbicaraan.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design