Cadangan pelepasan cukai automatik bagi organisasi laksana program pencegahan rasuah

By Yazid Bin Ibrahim
Spread the love

PUTRAJAYA, 12 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan kepada kerajaan agar pelepasan cukai secara automatik diberikan kepada mana-mana syarikat atau organisasi yang melaksanakan program pencegahan dan pendidikan rasuah di negara ini. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah berkenaan wajar dilaksanakan kerana program-program berkaitan pendidikan rasuah sememangnya menelan belanja yang besar

“Elok sekiranya kerajaan pertimbangkan supaya satu polisi yang jelas iaitu mana-mana syarikat yang terlibat dengan usaha-usaha meningkatkan kesedaran pencegahan rasuah dapat pengecualian cukai.

“Maknanya (syarikat) tidak perlu memohon (pelepasan cukai) setiap masa dan dengan ini, syarikat tidak perlu risau kerana mereka tahu kalau terlibat program kesedaran rasuah, mereka akan dapat pengecualian cukai nanti,” katanya dalam sesi wawancara di stesen radio MACCfm hari ini. 

Dalam Pelan Strategik SPRM 2021-2025 yang dilancarkan pada 3 Ogos lepas, SPRM mencadangkan pewujudan polisi bagi membolehkan pelepasan cukai kepada mana-mana organisasi yang menyumbang kepada usaha pencegahan rasuah. 

Mengulas lanjut, Shamshun Baharin berkata program pencegahan dan pendidikan rasuah seperti di media memerlukan peruntukan dan dana yang besar bagi menjayakannya.

Beliau memberikan contoh iklan berkenaan SPRM dalam kartun Upin Ipin yang ditayangkan di televisyen menelan belanja kira-kita RM1 juta.

Shamshun Baharin berkata insentif pelepasan cukai itu dapat mengalakkan lebih ramai syarikat atau organisasi untuk bekerjasama dengan SPRM dalam melaksanakan program pencegahan dan pendidikan rasuah kepada masyarakat.

“Program pencegahan dan pendidikan rasuah ini perlu dilakukan secara berterusan. Kita perlu berterusan mengingatkan masyarakat tentang keburukan jenayah rasuah ini,” katanya. 

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.