SPRM tahan pegawai kanan PBT disyaki terima rasuah

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

JOHOR BAHRU, 10 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Johor Bahru (MBIP).

Menurut sumber, individu itu merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun dan kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). 

“Beliau telah ditahan pada kira-kira 3 petang tadi di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan dan nilai rasuah masih dalam siasatan,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu. 

“Permohonan reman ke atas individu berkenaan akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya.

— BERNAMA–

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.