Polis Kelantan rampas dadah, pil kuda bernilai lebih RM2 juta

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

PASIR MAS, 11 Ogos — Polis merampas dadah jenis ‘heroin base’ dan pil kuda dianggarkan bernilai RM2.95 juta susulan sepasang suami isteri dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menahan seorang lelaki tempatan di satu kawasan di Pasir Mas, pada jam 1.20 tengah hari.

Beliau berkata ketika ditahan tiada bahan terlarang ditemukan pada lelaki berusia 27 tahun itu sebelum suspek membawa pasukan polis ke rumahnya yang terletak berdekatan dan mendapati isterinya seorang  warga Thailand berusia 23 tahun berada di rumah tersebut.

“Ketika di rumah itu, suspek lelaki telah menunjukkan kepada polis satu bungkusan mengandungi dadah jenis ‘heroin base’ seberat 13.295 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.234 juta.

“Turut ditemui 86,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM860,000. Polis turut menyita kenderaan iaitu sebuah Proton Satria dan sebuah motosikal,” katanya pada sidang media di IPD Pasir Mas di sini hari ini.

Menurut Shafien, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 8 Ogos lepas, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Katanya, suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori sudah enam bulan menjalankan kegiatan tersebut dan bekalan dadah itu kemungkinan akan dihantar ke negeri-negeri di selatan tanah air.

“Hasil kajian pihak narkotik mendapati dengan jumlah dadah sebanyak itu, boleh dibekalkan kepada 43,000 penagih pil kuda dan lebih 800,000 penagih heroin,” tambahnya.

Beliau turut berkata berdasarkan siasatan awal, polis mendapati kedua-dua suspek dan dadah yang dirampas itu dipercayai mempunyai hubung kait dengan sindiket pengedaran dadah yang pernah ditumpaskan sebelum ini.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.