Polis tahan tujuh suspek dan rampas lebih 160KG dadah jenis syabu dan ganja

By TVS
Spread the love

KANGAR, 9 Ogos — Polis berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket dadah di negeri ini berikutan penahanan tujuh suspek lelaki warga tempatan termasuk seorang peniaga kedai makan dan merampas dadah jenis ganja seberat 161.76 kilogram (kg) dan 800 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM603,920 dalam tujuh siri serbuan bermula 4 Ogos hingga 6 Ogos di sekitar Padang Besar dan Kangar.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata dalam serbuan pertama pukul 10 pagi pada 4 Ogos (Rabu), polis menahan seorang suspek di sebuah rumah di Kangar dan merampas sebanyak 161.76 kg ganja yang dianggarkan bernilai RM404,400.

“Susulan maklumat daripada serbuan tersebut membawa kepada serbuan kedua pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah taman perumahan di Kangar dan polis menemui 800 gram dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM80,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya pada sebelah malam kira-kira pukul 11.30 malam, Jabatan Siasatan Jenayah Perlis berjaya menahan tiga suspek kumpulan sindiket tersebut namun tiada sebarang rampasan dadah dibuat.

“Dalam serbuan keempat pada pada 1.20 tengah hari keesokkannya (5 Ogos), polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kangar dan merampas dadah jenis syabu seberat 3.32 kg. Hasil daripada rampasan dan siasatan dibuat, polis telah memberkas seorang lagi suspek di daerah Padang Besar tetapi tiada rampasan dibuat,” katanya.

Menurut Surina dalam operasi yang turut disertai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, dua lagi suspek termasuk dalang utama sindiket yang bekerja sebagai pemilik kedai makan  turut diberkas di daerah Padang Besar antara pukul 12 tengah hari dan 1.40 tengah hari, pada Jumaat (6 Ogos).

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas dipercayai diperoleh dari negara jiran dan negeri ini digunakan sebagai transit sebelum dadah berkenaan diedarkan ke pasaran selatan tanah air.

“Kita percaya kegiatan ini telah berjalan sejak Julai 2021 selain mereka menggunakan jalan darat dan kenderaan milik persendirian bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Selain itu, sindiket menggunakan rumah sewa sebagai tempat penyimpanan.

“Ketua sindiket (dalang utama) menggunakan medium panggilan telefon untuk merekrut anak tempatan sebagai pengedar,” katanya sambil menambah kemungkinan beberapa suspek akan ditahan selepas ini.

Surina berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 27 hingga 51 tahun dan saringan ujian air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis syabu (methamphetamine) selain turut mempunyai kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Sebanyak 10 motosikal dan tiga kereta turut disita bernilai kira-kira RM389,000 yang digunakan suspek untuk menghantar dan membawa bekalan ke serata negeri.

Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 13 Ogos depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design