Tiada sogokan, warga asing cuba nasib dapat vaksin ‘serbu’ PPV – SPRM

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) — Kesesakan di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Midlands, dekat sini adalah berpunca daripada tindakan pekerja asing yang hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya telah membuat risikan susulan satu video tular dalam media sosial yang mendakwa segerombolan individu bukan warganegara Malaysia telah beratur panjang dengan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini. 

SPRM memberitahu tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM80 perlu diberi kepada penjaga pintu untuk memasuki PPV itu juga adalah tidak benar. 

“SPRM telah menghantar pasukan pegawai risik bagi memantau tohmahan terbabit, hasil risikan mendapati, kejadian yang berlaku adalah di PPV Pusat Konvensyen Midlands dan bukannya di PPV SACC dan tohmahan mengenai bayaran rasuah RM80 juga tidak benar,” menurut kenyataan itu. 

Menurut SPRM, PPV Pusat Konvensyen Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), dan terdapat masalah pada sistem iaitu janji temu untuk individu juga terselit di PPV tersebut.

SPRM menasihatkan orang ramai untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dengan menghubungi mana-mana pejabat SPRM dan bukannya menghebahkan menerusi media sosial.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.