Warga Rohingya mengaku tidak bersalah beri suapan RM7,000 kepada Pegawai APMM

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

ALOR SETAR, 4 Ogos — Seorang pekerja buruh warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM7,000 kepada pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), tahun lepas.

Tertuduh Noor Kalam Soyut Alam, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri [email protected] selepas pertuduhan dibacakan dan diterjemahkan oleh jurubahasa dalam Bahasa Rohingya.

Mengikut pertuduhan, Noor Kalam didakwa bersama seorang lagi lelaki warga Rohingya secara rasuah memberikan suatu suapan sebanyak RM7,000 kepada Mohd Faizal Ahmad yang bertugas sebagai Pegawai Kanan Penguatkuasa Maritim di APMM Kedah/Perlis di sebuah restoran di Padang Mat Sirat, Langkawi pada 1 pagi, 21 Julai 2020.

Ia sebagai dorongan kepada pegawai itu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyeludupan masuk 25 pendatang asing warga Rohingya menggunakan jalan laut yang menyalahi Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sehubungan itu, Noor Kalam dituduh mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ganda nilai suapan ataupun RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan mahkamah memandangkan tertuduh juga didakwa terlibat dengan kes  ATIPSOM dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 Sept depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Kedah Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.