ASEAN komited kekal sebagai zon bebas senjata nuklear

By TVS
Spread the love

HANOI, 3 Ogos — Negara anggota ASEAN pada 2 Ogos komited untuk mengekalkan Asia Tenggara bebas daripada sebarang bentuk senjata nuklear tetapi menjamin hak menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan damai negara terbabit, lapor VNA.

Komitmen tersebut dibuat pada mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang diadakan secara sidang video.

ASEAN turut mengulangi pentingnya perjanjian itu kepada keamanan serantau dan berikrar untuk terus merealisasikan pelan tindakan bagi mengukuhkan perlaksanaan perjanjian itu untuk penggal 2018-2022.

Blok itu turut sepakat untuk bekerja lebih keras bagi mendesak negara-negara yang memiliki senjata nuklear agar menyertai perjanjian tersebut.

Vietnam, selaku Pengerusi ASEAN 2020, dipuji  terhadap usahanya menyempurnakan memorandum persefahaman berkaitan segala  aktiviti ke arah penyelesaian perjanjian itu.

Mesyuarat itu turut mengiktiraf usaha agensi khas ASEAN dalam mempromosikan kerjasama teknologi, dan memperluas kerjasama dengan negara rakan kongsi dan organisasi antarabangsa dalam memastikan keamanan serta keselamatan senjata nuklear dan penggunaan tenaga atom untuk tujuan damai.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design