Individu telah divaksin antara penyumbang kes positif COVID-19 di Sabah

Spread the love

KENINGAU: 181 orang dari jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,002 kes di Sabah pada Ahad adalah individu yang telah divaksin.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara punca utama jangkitan adalah akibat ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Isu pematuhan SOP haruslah dipandang berat oleh masyarakat dalam usaha bersama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam membendung pandemik yang semakin melonjak di Sabah ketika ini. 

“Merujuk kes negeri Sabah hari ini 181 daripada 1,002 kes dikaitkan dengan mereka yang telah menerima dos 1 dan 2 dos,” katanya dalam kenyataan media laporan harian perkembangan COVID-19 Sabah.

Jelasnya, keadaan ini menunjukkan bahawa kesan kepada ketidakpatuhan terhadap SOP membolehkan mereka yang telah divaksin juga turut dijangkiti COVID-19.

Daripada 10 kes yang di kesan di Long Pasia, sembilan kes adalah individu yang belum divaksin dan satu kes dari individu yang telah melengkapkan 2 dos vaksin.

Sementara itu, kontak rapat terus menyumbang jumlah teramai positif COVID-19 pada Ahad iaitu 591 orang.

Antara daerah tertinggi merekodkan kes positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat adalah Kota Kinabalu, Tawau, Penampang dan Sipitang.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.