Tindakan Kerajaan Bertentangan – Profesor Dr Awang

By Luqman Muhammad
Spread the love

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentangkan semula Ordinan Darurat bagi memulihkan kemelut yang sedang berlaku ketika ini.

Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya  Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan kerajaan disifatkan bertentangan dengan institusi beraja dan perlembagaan.sehingga menyebabkan Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita.

“Ini merupakan peristiwa yang agak pedih ataupun peristiwa hitam dalam sejarah dan boleh menjadi krisis perlembagaan jika tidak ditangani dengan baik.

Katanya lagi, kemungkinan untuk kerajaan bertukar juga dapat dilihat jika terdapat desakan peletakan jawatan Perdana Menteri.

“Ini boleh berlaku sama ada akan timbul desakan ada berlakunya peletakan jawatan pihak bertanggungjawab sama ada Menteri Undang-Undang ataupun Perdana Menteri bergantung kepada situasi semasa reaksi daripada rakyat dan di dewan rakyat sejauhmana reaksi itu yang memberi tekanan kepada kerajaan sama ada untuk mengantikan kerajaan baharu ataupun perdana menteri”. katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Dalam pada itu tambahnya lagi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti kerana telah menimbulkan kekeliruan dalam Dewan Rakyat.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.