Terpedaya Penjual Dron Palsu, Penjawat Awam Kerugian RM 31,000

By Zaid Alek
Spread the love

MIRI, 29 JULAI: Seorang penjawat awam kerugian RM31,100 akibat terpedaya dengan “penjual drone” online.

Mangsa, seorang lelaki berusia 20-an yang bertugas di Miri ditawarkan harga RM550 melalui akaun Instagram dipercayai milik “penjual” tersebut setelah tertarik dan berminat untuk membeli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Maria Rasid berkata pihaknya menerima laporan polis yang dibuat mangsa setelah mangsa mengesyaki ditipu.

“Mangsa kemudian diarahkan suspek untuk membuat beberapa bayaran seperti bayaran harga dron DJI Mini 2, wang jaminan dan bayaran pelepasan kastam keseluruhan berjumlah RM31,100 di antara 26 hingga 28 Julai,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Maria mendedahkan mangsa membuat bayaran ke lima akaun individu berlainan melalui 10 kali transaksi.

“Mangsa diyakinkan oleh suspek bahawa wang tersebut akan dikembalikan kepada beliau selepas itu. Mangsa menyedari telah ditipu setelah penjual dron DJI Mini 2 tidak dapat lagi dihubungi selepas itu,” tambah Maria.

Beliau turut menyeru agar orang awam sentiasa berwaspada membuat pembelian barang atas talian dan memastikan hanya berurusan melalui platform e-dagang yang sah.

“Orang ramai juga boleh berhubung dengan ccid scam resource center melalui talian 03-2610 1559 dan 03-2610 1599 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil di talian di 013-211 1222 melalui Aplikasi Whatsapp dan SMS,” tambahnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.