Pelajar SMK Sacred Heart Sibu Menang Pertandingan Reka-Bentuk Aplikasi Mudah Alih

By Freddy Bohari
Spread the love

KUCHING: Pelajar SMK Sacred Heart Sibu memenangi pertandingan ‘Mobile Apps Hackathon 2021’ (MAC 2021) baru-baru ini dengan Aplikasi Medicare yang mereka reka-bentuk.

Aplikasi ini membolehkan pesakit untuk berkomunikasi dengan penyedia perubatan mereka tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik.

Pasukan dari sekolah tersebut dipanggil Zamohez, dan ia dianggotai Ezra Yek Nai En, Moh Nian Chun dan Zavier Lau Zhimuk.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.

Perisian mereka turut mengandungi kalkulator BMI (Indeks Jisim Badan), peringatan temu janji perubatan, dan keupayaan untuk menyimpan maklumat perubatan diri.

MAC 2021 dianjurkan oleh sebuah perusahaan sosial, Chumbaka, dalam kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTRI) Sarawak.  

Kumpulan yang menduduki tempat kedua adalah Change Maker yang terdiri daripada Isaac Yong Wei Onn dan Edwin Ting Heng Wei dari SMK Bintulu. Mereka menerima RM1,500 bagi aplikasi mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SDEC, aplikasi mereka merupakan platform bagi pelajar untuk menyertai banyak pertandingan dalam talian pada waktu pandemik sekarang.

Ia juga membolehkan guru bertugas untuk mengurus pelajar seperti menjejaki kemajuan mereka.

Tempat ketiga diduduki Pasukan Twinlight yang dianggotai Lily Hwang Ying Yee dan Grace Lu Tao Eng, masing-masing dari SMK Telang Usan dan Riam Road Secondary School di Miri, dan mereka mendapat RM1,000 untuk usaha mereka.

Oreo Hijackers, yang terdiri daripada Law Siang Hui, Lewis Wong Rui Jian dan Hiew Zhien Yeung dari SMK Sungai Maong di Kuching, menduduki tempat keempat dan menerima RM500.

Pertandingan itu menarik 100 pasukan dan 246 pelajar sekolah menengah dari seluruh Sarawak, dan menyaksikan pembentangan secara langsung daripada 11 pasukan teratas kepada panel hakim.

Selepas empat hari belajar dengan tekun dan membina projek, pelajar diberi masa lima minit untuk membentangkan aplikasi mudah alih yang mereka cipta pada pusingan pengadilan terakhir Ahad lepas.

Tujuan aplikasi mudah alih ini adalah untuk membantu masyarakat menangani keadaan pandemik COVID-19 sekarang dan seterusnya.

Hakim-hakim terdiri daripada Ketua Inovasi dan Keusahawanan SDEC, Hazwan Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains MESTR Sarawak, Shariman Jamil, dan Eksekutif Pemasaran Borneo Digital yang juga pengasas bersama Lean In Sarawak, Alexandra Nastassia.

GAMBAR DI ATAS: Tangkap layar pasukan penganjur Chumbaka di barisan pertama, panel hakim di barisan kedua yang terdiri daripada Hazwan, Alexandra dan Shariman, dan anggota pasukan juara Zamohez.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.