Mesyuarat Khas tangguh, Ahli Parlimen perlu buat saringan Covid-19

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini sekali lagi ditangguhkan sehingga 5.15 petang bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis ketika itu memaklumkan ia susulan terdapat dua kes positif terbaharu dikesan seperti pemakluman terkini oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Speaker Dewan Rakyat.

“Kes pertama ialah seorang petugas yang hadir sejak 26 Julai hingga 28 Julai manakala kes kedua dikesan positif hari ini semasa ujian saringan kendiri di Parlimen menggunakan RTK-Ag Saliva.

“Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes itu dikhuatiri telah berada di sekitar Parlimen,” katanya.

Mohd Rashid berkata semua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen, pegawai dan pekerja perlu menjalani ujian saringan dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu sehingga keputusan ujian diperoleh.

Penangguhan itu adalah yang keempat untuk hari ini selepas Mesyuarat Khas itu ditempohkan kali pertama pada 12.30 tengah hari susulan kenyataan Istana Negara berkenaan Proklamasi Darurat.

Malaysia hari ini mencatatkan 17,170 kes baharu positif COVID-19 menjadikannya dua hari berturut-turut negara merekodkan kes melebihi 17,000.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.