Ketua Pembangkang kemuka usul Dewan Rakyat hilang kepercayaan

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul bahawa Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata usul itu diserah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan 14(1)(h), 26(1)(d) dan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan ini saya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti berikut:

“Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Anwar berkata dalam usul itu beliau menyatakan kenyataan media Istana Negara hari ini telah membidas sikap dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri  Takiyuddin Hassan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan semua Ordinan Darurat  telah dibatalkan pada 21 Julai, walhal ia telah dititahkan supaya dibentang dan dibahas di Parlimen bagi tujuan pengungkaian.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika dihubungi mengesahkan menerima usul daripada Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu, Anwar pada sidang media itu berkata beliau turut meminta Takiyuddin meletak jawatan secara terhormat kerana melakukan kesilapan dan mengelirukan dewan.

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Seri Paduka, Anwar berkata: “Itu kita lihat perkembangan dalam sehari dua ini, kalau perlu kita mohon menghadap”. 

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.