Kerumitan dalam keharmonian Keluarga 69

By Dayang Sorfina
Spread the love

Pasti ramai yang tahu bahawa filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee penuh dengan nilai dan pengajaran. Walaupun tersirat, mesejnya cukup terang dan mudah difahami.

Jikalau anda pernah dengar tajuk “Keluarga 69” sebelum ini, anda pasti tahu kerumitan hubungan kekeluargaan di dalam filem tersebut. 

Barisan pelakon yang memegang berbagai watak yang berbeza turut menghiburkan para penonton dengan gelagat mereka yang mencuit hati. Sebagai contoh, Saidin Pekak dikenali dengan masalah pendengarannya dan sering dimarahi orang di sekelilingnya kerana asyik memberi jawapan yang tidak berkait dengan soalan yang ditanya. 

Filem Keluarga 69 ini juga mempunyai mesej yang tersirat seperti tidak mempercayai kata-kata manis seseorang sepertimana Osman hampa apabila mendapat tahu rakan-rakan yang berjanji untuk setia bersama di kala susah mahupun senang telah menghilangkan diri apabila mengetahui akan dugaan yang dihadapinya. 

Dalam pada itu, tidak salah jika kita memilih dengan siapa kita berkawan. Jika kita dikelilingi orang yang baik-baik, maka kebaikanlah yang akan mendatangi kita. Dan jikalau yang tidak baik kita pilih, maka sedemikianlah yang akan kita peroleh.

Rata-rata ramai yang boleh relate dengan babak-babak di dalam filem ini. Pastinya juga, ramai yang akan terhibur dengan filem Keluarga 69 ini dan pada masa yang sama akan membawa anda mengimbau zaman nostalgia. 

Jangan lupa saksikan gelagat lucu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel, Siput Sarawak dan ramai lagi dalam Keluarga 69, 30 Julai, Jumaat pukul 9 malam hanya di TVS saluran 122, Astro dan MYTV!

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.