Kementerian Belia Sukan Sarawak anjur persidangan kesihatan mental belia Asia Tenggara sabtu ini

By Yazid Bin Ibrahim
Spread the love

KUCHING, 29 Julai — Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan menganjurkan Persidangan Kesihatan Mental Belia Asia Tenggara yang melibatkan 300 peserta dari Asia Tenggara secara dalam talian pada Sabtu ini dari 8 pagi hingga 4 petang.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara itu dianjurkan dengan kerjasama Social Community Programs Urban Society (SCOPURS) Malaysia dan bertemakan ‘Breaking The Mental Health Issues, Stigma In ASEAN Amid Pandemic’ yang berlangsung melalui Webinar Zoom.

“Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 40 tahun yang merangkumi Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Indonesia,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Beliau berkata penyertaan untuk persidangan itu masih dibuka sehingga Jumaat dan mereka yang berminat boleh menghubungi Sekretariat Kementerian di talian 082-495 555.

Katanya beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menyempurnakan perasmian acara itu yang membawa objektif mendidik serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perkhidmatan psikologi profesional, kaunselor dan psikiatri kepada belia.

Acara itu juga bertujuan membantu belia ASEAN menangani masalah kesihatan mental dan menghilangkan stigma mereka mengenai isu tersebut.

Abdul Karim berkata di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan belia berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan yang menyaksikan kecenderungan untuk berbuat demikian ialah 10 peratus pada 2017 berbanding 7.9 peratus bagi tahun 2012.

Beliau berkata kajian sama juga mendapati kecenderungan kemurungan ialah 18.3 peratus yang menyaksikan satu daripada lima belia mengalami gejala kemurungan, dua daripada lima belia mengalami kegelisahan dan satu daripada 10 belia mengalami tekanan.

“Kes bunuh diri di Malaysia untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini telah merekodkan sejumlah 468 kes dan secara purata, dua kes dilaporkan berlaku setiap hari sejak 2019 hingga 2021,” katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.