Rampasan rokok dan minuman keras seludup RM4 juta

Spread the love

MIRI, 28 Julai : Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak Batalion 12 Miri telah menumpaskan penyeludupan rokok dan minuman keras dengan rampasan berjumlah RM4 juta melalui Op Kontraban di sini.

Menurut komander briged Sarawak PGA, SAC Saini Bongkek, kesemua rampasan tersebut tidak mempunyai kelulusan cukai kastam.

“Hasil serbuan tersebut, telah menemukan sejumlah simpanan rokok dan minuman keras yang disyaki belum lulus cukai kastam tiga lokasi di sekitar Miri.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis juga telah menahan tiga lelaki warganegara Malaysia yang merupakan penjaga stor tersebut.

“Tiga lelaki warganegara Malaysia yang merupakan penjaga stor berkenaan telah ditahan dan kesemua tangkapan ini telah diserahkan kepada rakan siasatan jenayah Miri semalam atas kesalahan di seksyen 135  (1) (d) akta kastam 1957,” katanya semalam.

Tambahnya, jumlah hasil rampasan tersebut adalah sebanyak RM4 juta ringgit yang melibatkan tiga serbuan.

“Butir-butir tangkapan atau rampasan yang kita perolehi semalam dalam tiga serbuan tersebut ialah rokok putih pelbagai jenama, yang mempunyai kuantiti sebanyak 21,850 katon. rokok kretek pelbagai jenama dengan kuantiti sebanyak 2, 680 katon manakala minuman keras pelbagai jenama dalam kuantiti sebanyak 58 kotak,  dan sebuah kenderaan van Toyota.

“Keseluruhan rampasan semalam, rokok, minuman leras dan kenderaan adalah sebanyak RM4, 002,400.00 termasuk cukai, tambahnya.

Untuk rekod, rampasan tersebut adalah merupakan rampasan yang terbesar yang yang dilakukan oleh PGA Sarawak setakat ini


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.