Abdul Karim setuju PRN selepas Darurat tamat, tidak mahu kuasa darurat untuk kekal jawatan.

By Zalinah Noordin
Spread the love

KUCHING: Enggan terus kekal sebagai wakil rakyat tanpa mandat rakyat, Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersetuju Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas tempoh darurat tamat pada 1 Ogos ini

Jelas beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), soal kesihatan rakyat sememangnya penting tetapi jika pandemik Covid 19 berpanjangan selama lima tahun, adalah tidak  bernas sekiranya PRN ditangguh selama lima tahun.

“Saya tidak fikir saya mahukan situasi seperti ini. Sudah pasti ada yang mahu makan gaji buta sahaja, tetapi saya tidak mahu kekal dalam jawatan atas dasar kuasa darurat.

“Tetapi harus difahami rakyat ada hak untuk menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan untuk penggal seterusnya selepas tempoh lima tahun diberikan telah tamat,” katanya selepas sidang media Southeast Asia Youth Mental Health Conference di sini pada Rabu.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menjelaskan hal tersebut tidak bermaksud beliau tidak setuju darurat dilanjutkan, tetapi tidak mahu bergantung kepada kuasa darurat untuk kekal dalam jawatan.

Beliau berkata beliau yakin negara telah mengambil iktibar dari kesilapan ketika pilihan raya negeri Sabah tahun lalu yang menyumbang kenaikan kes COVID-19 jadi PRN boleh diadakan tetapi garis panduan (SOP) ketat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau sebelum ini beribu penyokong hadir, kita tidak perlukan lagi begitu juga pada hari pengundian ada SOP tertentu. Jika semua patuh, saya percaya kita boleh melalui pilihan raya dengan selamat,” jelas beliau.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.