PRN-12: Bergantung kepada penilaian SPR, KKM

By Eekbal Yusuf
Spread the love

KUCHING: Keputusan sama ada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan diadakan atau tidak adalah bergantung kepada penilaian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, situasi semasa COVID-19 merupakan antara yang perlu diteliti terlebih dahulu.

“Bagi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), keutamaan kami adalah kesihatan rakyat Sarawak, kita tidak mahu apa berlaku semasa pilihan raya di Sabah terjadi di sini,” katanya pada satu sidang media pada Majlis Pelancaran Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Majlis Pelancaran Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu.

Katanya lagi, jika tiada sebarang pengumuman dalam tempoh terdekat, Sarawak mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRN-12 selepas tarikh 1 Ogos nanti.

Status Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang tamat tempohnya sejak 7 Jun lalu juga kekal sehingga tamat darurat.

“Saya tidak tahu mengenai darurat kerana keputusan itu di bawah Yang di-Pertuan Agong, dan hari ini kita masih dalam tempoh darurat.

“Sama ada diadakan atau tidak darurat, kita sama-sama tunggu,” katanya.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.