Malaysia rekod 521,923 dos suntikan vaksin semalam – JKAV

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 521,923 dos.

Sebelum ini, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi adalah 507,050 dos yang dicatat pada 22 Julai.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama manakala 188,302 mendapat dos kedua.

Selangor merupakan negeri paling banyak memberikan suntikan iaitu 130,187 dos, diikuti Kuala Lumpur (85,647), Sarawak (38, 977 dos) dan Perak (32,311).

Secara kumulatifnya, JKJAV berkata sebanyak 17,839,476 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini, yang meliputi 12,131,329 dos pertama dan 5,708,147 dos kedua.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.