KPWKM sampaikan bantuan kepada empat beradik yatim piatu akibat Covid

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menyampaikan bantuan kepada empat beradik yang kehilangan ibu mereka akibat COVID-19, baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sumbangan itu termasuk bantuan ihsan sumbangan Yayasan Kebajikan Negara sebanyak RM1,000 dan tablet untuk pembelajaran, selain surat tawaran Bantuan Kanak-Kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan RM600 sebulan dan sokongan emosi melalui kaunselor daripada KPWKM.

Rina yang meninjau keadaan anak-anak yatim piatu berumur tujuh hingga 13 tahun itu di Kampung Baru, Batu 14, Puchong dekat sini hari ini berkata ibu mereka Noraisah Sabri meninggal dunia pada 23 Julai, manakala bapa pula telah meninggal pada 2019.

Katanya tujuan beliau menyantuni anak-anak terbabit yang kini dijaga oleh ibu saudara, adalah bagi meninjau keadaan mereka yang telah kehilangan ibu bapa dan melihat tindakan intervensi pihak kementerian untuk membantu empat beradik itu meneruskan kelangsungan hidup.

“KPWKM komited untuk menyantuni dan membantu anak-anak yang kematian ketua keluarga. Kerajaan melalui kementerian akan terus memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam nota percakapannya yang dikongsikan dengan media hari ini.

Rina berkata komitmen itu juga seperti yang disarankan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar semua pihak memainkan peranan membantu rakyat dalam kesusahan dan pada masa sama menyokong strategi menentang COVID-19.

Beliau berkata JKM akan terus menjaga kepentingan dan kebajikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa dengan memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan supaya mereka tabah dan kembali bersemangat meneruskan kehidupan.

“Saya berharap masyarakat turut menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak kerajaan dan terus memupuk sikap ambil peduli serta melaporkan mengenai anak-anak yang ditimpa nasib sebegini kepada KPWKM.

“Masyarakat juga boleh melaporkan terus ke Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam atau menghubungi PKMD (Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah) yang berhampiran,” katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.