Di sebalik stigma budaya, tatu sering dilihat di Olimpik Tokyo

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

TOKYO, 27 Julai — Ramai atlet sukan Olimpik Tokyo 2020 memperlihatkan tatu mereka meskipun pantang larang kuno Jepun melarang perbuatan mencacah kulit, lapor United Press International (UPI).

Undang-undang negara itu melarang tatu diperlihatkan di tempat awam seperti rumah mandi, sauna, kolam renang, pantai, gimnasium dan restoran, tetapi tiada larangan dibuat terhadap atlet untuk menutup tatu pada kejohanan kali ini.

Perenang Adam Peaty dari Britain dan Caeleb Dressel dari Amerika Syarikat (AS) memakai baju lengan panjang yang jelas menampakkan tatu, manakala tatu di lengan bintang bola keranjang AS Damian Lillard dan Jayson Tatum  jelas kelihatan di sebalik jersi yang dipakai.

Terdapat juga atlet mencacah tatu berbentuk gegelung Olimpik, termasuk perenang AS Chase Kalisz dan atlet gimnastik Eleftherios Petrounias dari Greece.

Larangan tatu mungkin diberi kelonggaran ekoran ketiadaan penonton di gelanggang pertandingan berikutan pendemik COVID-19.

Bagaimanapun, Jepun telah membangkitkan isu berkenaan ketika berlangsungnya beberapa kejohanan sebelum ini. 

Berikutan stigma masyarakat itu ketika penganjuran Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, pemain All Blacks dari New Zealand secara sukarela menutup tatu mereka.

Stigma itu berpunca daripada amalan pemerintah pada abad ke-18 mencacah tatu di lengan atau dahi penjenayah untuk mengenal pasti identiti mereka. Lama kelamaan, tatu dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.