Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

By TVS
Spread the love

IPOH, 27 Julai- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen pam minyak di Chemor di sini pagi tadi.

Jurucakap jabatan itu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden menimpa mangsa Harith Nazhan Nazrul Sukri yang berusia dua tahun itu pada 10 pagi.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan untuk kerja-kerja menyelamat.

“Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta jenis Perodua Bezza untuk mengisi minyak kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 10 minit.

Katanya, mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu manakala operasi tamat pada 10.28 pagi.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design