Jurukimpal rogol kanak-kanak OKU dipenjara 25 tahun, 20 sebatan

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

TEMERLOH, 26 Julai — Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol mangsa yang merupakan anak saudara kepada isterinya.

Manira menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 21 Julai lepas, manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua yang akan berjalan selepas selesai hukuman pertama. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Karak di sini antara 11 pagi dan 12 tengah hari sekitar pertengahan Jun lepas dan pada 11 pagi 19 Julai lepas. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman sebat yang lebih supaya hukuman penjara dapat dikurangkan atas alasan dia mempunyai seorang anak kecil. 

Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon mahkamah mempertimbangkan faktor tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang OKU pembelajaran yang dijaga isterinya sejak mangsa masih bayi. 

Katanya perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya.

— BERNAMA 

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.