Penjawat awam didakwa palsukan dokumen pesanan bekalan benih nanas

By TVS
Spread the love
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 25 Julai — Seorang penjawat awam di sebuah badan berkanun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini atas empat pertuduhan menggunakan dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang tidak dibekalkan melibatkan nilai RM41,025, enam tahun lalu.

Tertuduh, Hasren Amat [email protected], 40, didakwa dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya  iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) suatu dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang mengandungi butiran matan palsu iaitu pembekalan benih nanas tidak dibekalkan seperti dalam tuntutan.

Tertuduh yang merupakan pembantu ehwal ekonomi di LPNM, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat LPNM Malaysia Wilayah Selatan di Pontian, sekali pada April 2015 dan Mei 2015 dan dua kali pada Disember 2015.

Hasren didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ikhwan Ihsan Jalaludin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Salleh Togimin.

Terdahulu, Ikhwan Ihsan memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 bagi perbuatan yang dilakukan tertuduh namun Mohd Salleh memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menanggung seorang isteri, tiga orang anak serta dua anak saudara selain perlu menjalani rawatan fisioterapi kerana bahagian badannya terbakar selepas terlibat kemalangan.

Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes dan serahan.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design