Enam buah motosikal hangus terbakar

Spread the love

BINTULU, JUKAI 21: Sebanyak enam buah motosikal yang diparkir di halaman sebuah rumah di sini terbakar di Bandar Jaya di sini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Bin Wan Ahmad berkata pihaknya menyangka kebakaran itu melibatkan rumah, rupanya-rupanya hanya motosikal.

“Kami telah menerima panggilan kebakaran pada pukul 1.22 petang dan mengarahkan sebuah jentera bersama-sama anggota ke lokasi.

“Sesampainya ke lokasi kita mendapati bahawa sebenarnya bukan berlaku kebakaran rumah akan tetapi kebakaran motosikal sebanyak 6 buah motosikal.” katanya

Apabila pihak bomba sampai di lokasi, kebakaran telahpun berjaya dipadam oleh penghuni rumah menggunakan alat pemadam api dan juga sumber air paip.

Katanya, piihak bomba juga telah melakukan pemeriksaan secara teliti untuk memastikan tiada lagi api yang boleh menyebabkan kebakaran dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Bin Wan Ahmad

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.