Kanak-kanak dua tahun mati disengat tebuan

Spread the love

JULAU, JULAI 16: Seorang kanak-kanak dua tahun maut setelah disengat tebuan di sebuah ladang lada hitam di sini.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang menemani ibunya di ladang tersebut pada Selasa apabila di sengat di bahagian telinganya.

Ketua polis daerah Julau DSP Andan Sulin berkata ibu kanak-kanak dari Rumah Saba, Nunggang, Pakan bergegas membawa anaknya pulang ke rumah setalah dia tiba-tiba meraung kesakitan.

“Setelah ibunya memeriksa tubuh anaknya, dia mendapati terdapat kesan sengatan di bawah telinga anaknya

“Si ibu kemudian menghubungi suaminya yang turut berada di ladang tersebut namun tidak berjaya,” kata Andam.

Tambahnya, si ibu mahu membawa anaknya ke klinik berdekatan di Pakan namum tidak sempat berbuat demikian kerana tiada sesiapa yang dapat menghantar mereka.

“Kanak-kanak perempuan itu hanya dibawa ke klinik pada kira-kira jam 8.30 malam setelah ayahnya pulang ke rumah.

“Doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia kira-kira jam 11.40 malam,” tambah Andam.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.