Lelaki nekad berenang rentas Selat Pulau Pinang mahu bertemu rakan

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

GEORGE TOWN: Gara-gara mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah.

Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu.

“Berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu dia nekad untuk berenang ke Seberang Perai kerana mahu berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja.

“Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Soffian berkata, pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia memberitahu anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah.

Katanya, lelaki itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu telah mengalami patah tangan kanan.

Pada Rabu, tular video dan beberapa keping gambar di media sosial seorang lelaki yang dikatakan telah terjun dari feri kerana tidak dibenarkan menaiki feri disebabkan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

Lelaki dipercayai dari George Town itu mahu menyeberang ke Seberang Perai.

Namun dia yang terapung dalam keadaan lemah kemudian diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd.

SUMBER : Awani

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.