Misteri rumah tiada penghuni terjawab..

Spread the love

KUCHING, JULAI 14: Misteri sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Matang Batu Kawa, Moyan Jaya 2, akhirnya terjawab setelah didapati premis tersebut rupa-rupanya dijadikan tempat penyambungan elektrik haram.

Serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan serta kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menemukan mesin ‘mining’ dalam keadaan masih beroperasi di tingkat atas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata pihak polis telah merampas pelbagai peralatan untuk seperti berikut (93) unit mesin mining (1) unit cpu , (1) unit modem dan (3) kotak komponen gantian mining.

Jelasnya, pihak polis bertindak memotong mangga pintu dan memecah masuk ke dalam premis.

“Hasil pemeriksaan lanjut,  mesin ‘mining’ telah ditemukan dalam keadaan masih beroperasi di tingkat atas.

“Pemeriksaan bersama pihak SEB juga mendapati penyambungan elektrik telah dilakukan secara haram iaitu dari semua aliran pendawaian ke suis utama dan kes ini masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.