SMA anjur pertandingan di aplikasi Tiktok sempena Hari Sarawak

Spread the love

KUCHING: Untuk menyemarakkan lagi semangat sambutan Hari Sarawak terutama dalam kalangan orang-orang muda, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bakal menganjurkan sebuah pertandingan di aplikasi TikTok.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian usaha ini diadakan ekoran negeri masih lagi tidak mampu untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal dalam jumlah yang besar.

Justeru, beliau menyeru golongan muda untuk bersama-sama menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan ini.

Bertemakan ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’, usaha tersebut diharap menghidupkan lagi semangat Sarawak dalam kalangan rakyatnya tidak kira di mana mereka berada.

“Saya berharap ramai dalam kalangan golongan muda akan tampil dengan idea kreatif masing-masing dan menyertai pertandingan ini sekaligus memaparkan semangat sebagai orang Sarawak sempena Hari Sarawak ini,” katanya dalam sidang media Sambutan Hari Sarawak, pada Selasa.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan akan diumum oleh pihak SMA dari semasa ke semasa.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.