Sarawak beralih ke Fasa 2 mulai 14 Julai

Spread the love

KUCHING,12 Julai : Sarawak akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 14 Julai 2021.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPBNS telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN. 

“Ekoran daripada itu, MKN dan JPBNS bersetuju bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke Fasa 2 PPN mulai 14 Julai 2021 (12.01 tengah malam),” sebut kenyataan itu.

Garis panduan (SOP) yang sedia ada masih berkuat kuasa sehingga 13 Julai 2021 (11.59 malam).

Tags: #bm, fasa 2, MKN, PPN, sop

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.