Berhati-hati maklumat tidak benar mengenai pemberian vaksin – MCMC

Spread the love

CYBERJAYA, 9 Julai — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin.

MCMC berkata semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19  (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing.

“Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Telah tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan maklumat peribadi.

PKD Hulu Langat melalui laman Facebook menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan ia tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.