Wanita ditemukan rentung dalam kebakaran kereta

Spread the love

KUALA LUMPUR, 8 Julai– Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu pada 4.32 pagi tadi.

“Pihak bomba menerima pemakluman berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil bernombor pendaftaran WKB 2786 yang terbakar pada 4.25 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Setelah pemadaman dibuat 15 minit kemudian, terdapat seorang mangsa wanita di dalamnya yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata pihaknya masih menunggu pengesahan dibuat Jabatan Forensik dan Kementerian Kesihatan berhubung penemuan mangsa.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.