Pemimpin Korea Utara Dilaporkan Sihat

Spread the love

SEOUL: Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan(NIS) Korea Selatan mendedahkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun hilang berat badan kira-kira 10-20 kilogram (kg) (22-44 paun) sejak beberapa bulan lalu.

Anggota jawatankuasa perisikan parlimen Ha Tae-keung berkata pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan “sedang mengamalkan diet” sejak empat bulan lalu, menurut Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap pada Khamis.

“Baru-baru ini berat badan (Kim) turun kira-kira 10-20 kg dan masih mentadbir negara seperti biasa,” kata Ha memetik taklimat NIS.

Akhbar Korea Selatan, The Chosun Ilbo sebelum ini melaporkan Kim Jong Un, mempunyai ketinggian 170 sentimeter (5.5 kaki) dan berat badan 140 kg.

Media rasmi Korea Utara baru-baru ini mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.