Polis bantu kesan Pesakit COVID-19 lari pusat kuarantin

Spread the love

KUCHING: Operasi mengesan seorang pesakit COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) sedang giat dijalankan.
Difahamkan pesakit terbabit dikenali sebagai Rozila Mohd Jaya (gambar) berusia 31 tahun dan beralamatkan dari Kampung Semariang, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Operasi mengesan pesakit terbabit turut disertai Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa agensi berkenaan.

Orang ranai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi pihak berkuasa.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.