Harimau haiwan terawal terima vaksin Covid-19

Spread the love

DALAM usaha bagi melindungi daripada jangkitan COVID-19, haiwan di Zoo San Francisco Bay Area, Amerika Syarikat diberi suntikan vaksin.

Suntikan vaksin tersebut turut diberi kepada beruang, kucing dan musang dengan menggunakan vaksin eksperimen yang disumbangkan oleh syarikat farmaseutikal vaterinar Zoetis dari New Jersey.

Tidak ketinggalan, dua harimau dari zoo tersebut yang dikenali sebagai Ginger dan Molly turut menjadi antara haiwan yang pertama menerima vaksin pada awal minggu lalu.

Sebelum itu, syarikat yang sama juga pernah menyumbang lebih 11,000 dos untuk haiwan yang tinggal di lebih 70 zoo di Pusat Konservatori, Pusat Perlindungan, Institusi Akademik dan organisasi kerajaan di 27 negeri.

Menurut Alex Herman yang merupakan Naib Presiden Perkhidmatan Vaterinar zoo, biarpun tiada satu pun haiwan di zoo itu yang pernah dijangkiti COVID-19, namun mereka mengambil langkah proaktif bagi melindungi haiwan tersebut.

Pihak mereka juga menggunakan penghadang bertujuan untuk menjaga penjarakan fizikal selain kakitangan yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE). Ia adalah bagi melindungi spesies berisiko.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.