Tangisi kekalahan Jerman, seorang kanak-kanak bakal dapat RM155,000

Spread the love

TULAR di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan Jerman yang menangis akibat kekalahan Jerman kepada England sebanyak 0-2 dalam satu perlawanan EURO 2020.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu kemudiannya tidak semena-mena menjadi mangsa buli siber gara-gara disindir dan dilemparkan kata-kata kesat oleh sebilangan penyokong bola sepak England dalam talian.

Susulan itu, seorang lelaki yang bernama Joel Hughes, 51, tampil memulakan kempen pengumpulan dana khusus untuk kanak-kanak itu.

Niatnya adalah untuk membuktikan bahawa tidak semua penduduk United Kingdom mempunyai sikap yang ‘tidak baik’.

Asalnya, jumlah yang disasarkan hanyalah £500 yang bersamaan dengan RM2,877. Namun jumlah terkumpul akhir mendapati bahawa keseluruhan dana yang berjaya dikutip daripada orang ramai berjumlah £27,000, iaitu kira-kira RM155,000.

Biarpun begitu, lelaki yang berasal dari Newport itu berkata, sehingga kini beliau masih belum dapat menghubungi keluarga kanak-kanak tersebut. Beliau bekerjasama dengan wartawan Jerman untuk mencari maklumat keluarga berkenaan.

Sekiranya beliau tidak juga berjaya menemui keluarga kanak-kanak tersebut mereka akan mendermakan wang tersebut kepada mana-mana organisasi yang berkaitan dengan anti buli siber.

Foto kanak-kanak itu yang menangis sambil dipujuk bapanya tular di media sosial dengan beberapa pengguna menggelarkannya dengan gelaran yang kurang sopan selain komen yang berbaur perkauman.

Menurut beliau, dia berasa bosan dengan sikap sebegitu dalam kalangan penduduk United Kingdom dan berpandangan bahawa ia telah menjadikan negara tersebut sebuah komuniti yang gagal dalam aspek toleransi.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.