Curi Motosikal: Geng Jack Tumpas

Spread the love

KUCHING, 2 JULAI: Sebuah sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak November 2020 berjaya ditumpaskan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menggelarkan diri mereka sebagai Geng Jack, sindiket itu dianggotai tujuh orang ahli termasuk seorang ketua tumpas di tangan pihak polis selepas kesemua mereka berjaya ditahan dalam beberapa siri serbuan di lima lokasi di sekitar bandar Kuching.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam sidang media hari ini memaklumkan tiga buah motosikal juga berjaya dirampas ketika serbuan dilakukan.

“Motosikal-motosikal itu masih dalam keadaan baik dan lengkap dengan semua komponen asal sebelum dileraikan untuk dijual,” katanya.

Sejak penghujung tahun 2020 sehingga Jun lalu, sebanyak 23 kes kecurian motosikal di daerah Kuching telah direkodkan yang mencapai anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM108,000.

Kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, kes pecah rumah dan kecurian harta benda.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

LAPORAN PENUH MENYUSUL

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.