Surau dan Masjid di daerah Sibu wujudkan ‘Almari Sedekah’

Spread the love
Kredit Facebook Dr Annuar Rapaee

SIBU, 1 Julai (Bernama) — Surau dan masjid di sekitar daerah Sibu akan mewujudkan ‘Almari Sedekah’ bagi memberikan peluang kepada masyarakat untuk menderma barang-barang keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka Dr Annuar Rapaee berkata program itu akan bermula Sabtu ini melibatkan Masjid Babusalam, Masjid Bahagia Jaya Teku, Surau Darul Islam, Surau Darul Ehsan, Surau Darul Hijrah, Surau Edruce dan Surau Maawa.

“Surau-surau lain akan dimasukkan ke dalam senarai program itu kemudian. Sesiapa yang ingin menyumbang atau memerlukan bantuan boleh menghubungi ahli jawatankuasa masjid dan surau yang berkenaan,” katanya dalam mesyuarat secara dalam talian bersama wakil masjid dan surau di sini hari ini.

Menurutnya program berkenaan bertujuan membantu golongan yang terputus bekalan makanan selepas kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Dr Annuar yang juga penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata program itu terbuka kepada semua penduduk di Sibu dan tidak hanya terhad kepada orang Islam.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.