Menteri tidak mahu vaksin duduk dalam “peti sejuk”

Spread the love

TANJONG KARANG: Penggunaan vaksin Covid-19 perlu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada kuota penggunaa bagi setiap negeri bermula bulan depan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau angkah itu susulan lebih banyak vaksin yang dijangka tiba dan diedarkan ke pusat penerimaan vaksin (PPV) pada Julai.

Beliau tidak mahu vaksin yang diedarkan ‘duduk’ dalam peti sejuk sahaja.

“Kita tidak ada pilihan, vaksin banyak sampai bulan Julai, tak lama lagi. Saya tak nak vaksin itu ‘duduk’ dalam peti sejuk. Kalau tidak ada PPV, maka kadar penggunaan kita akan jatuh.

“Jadi saya telah minta setiap negeri supaya penggunaannya adalah 90 peratus ke atas. 10 peratus tu kena ada catuan sebab kalau guna 100 peratus sehari, maka kosonglah nanti. So kena ada catuan sikit.”

Jelasnya, bagi menjayakan usaha ini, lebih banyak PPV di setiap daerah pada bulan depan.

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju membenarkan kerajaan negeri selangor memulakan program vaksinasi sebagai complement kepada PICK.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada saya, Selangor yang mahu menjadi pelengkap kepada PICK dan saya bersetuju ia dimulakan, cuma ia perlu diselaraskan dari segi pelaporan supaya tidak ada pelaporan bertindih.

“Mereka yang sudah dapat vaksin direkodkan dalam Mysejahtera supaya angka keseluruhan dapat dilaporkan,” jelasnya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.