Pemain Kuching City FC Terima Suntikan Vaksin

Spread the love

KUCHING: Seramai 28 pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City FC mandapatkan suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Ketua Pasukan Kuching City Fc Joseph Kalang Tie berkata, program imunisasi ini mampu meningkatkan motivasi pemain selain membuka ruang untuk mereka malakukan persiapan yang lebih rapi.

Joseph Kalang Tie

“Semestinya memberi motivasi kepada kami semua untuk sama-sama ‘kita jaga kita’ dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan oleh kerajaan, kita patuh sahaja semuanya untuk kebaikan bersama.” katanya ketika ditemui di PPB BCCK pada Ahad.

Dalam pada itu pemain berprolifik pasukan Kuching City FC itu juga turut menyeru orang ramai untuk mendapatkan suntikan segera.

Katanya usaha ini mampu manjadi ikhtiar terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan.

“Pengambilan vaksin ini sangat digalakkan sebab ia mampu menjadi perlindungan untuk kita, jadi datanglah ambik vaksin kerana itu adalah untuk kebaikan bersama, jadi jangan takut untuk divaksin.” ujarnya lagi.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.