PEMERKASA Plus Sasar Bantuan Bagi Rakyat Terjejas

Spread the love

KUCHING: Menerusi inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) dengan bajet keseluruhan RM40 bilion seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei lalu, terdapat tiga matlamat utama yang disasarkan iaitu mempertingkat kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, kesemuanya bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat situasi COVID-19.

Di bawah matlamat kedua PEMERKASA Plus iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, pemberian BPR 3.0 Tambahan berjumlah RM2.1 billion diperuntuk kepada isi rumah dan individu yang berkelayakan.

Antara bantuan BPR Tambahan adalah pemberian kadar wang tunai sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, dan sebanyak RM300 tambahan kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000.’’

Selain itu, RM100 kadar tambahan diberikan golongan bujang pula akan menerima kadar tambahan RM100 akan diberikan kepada golongan Bujang dan Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Noor Salfina Hasmawi, 23, menyatakan pandangan positifnya tentang pengagihan BPR Tambahan 3.0.

Salfina merupakan salah seorang penerima BPR 3.0 Tambahan yang memperoleh faedah bantuan tersebut bagi membantu kelangsungan perbelanjaan hariannya.

Noor Salfina Hasmawi

“Saya merupakan salah seorang penerima yang layak dari kategori Bujang sejak pertama kali bantuan BPR diumumkan pada awal PKP semasa tahun 2020.

“Terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa berusaha membantu rakyat yang berdepan dengan masalah ekonomi dan terjejas punca pendapatan disebabkan situasi pandemik yang masih berlarutan ini,” kata Salfina yang bekerja sendiri dan tinggal di Satok.

Tambah Salfina, dirinya amat bersyukur kerana di samping memperoleh bantuan dari kerajaaan persekutuan, keluarganya yang menetap di Sematan turut menerima bantuan daripada kerajaan Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 kerana ibunya yang merupakan peniaga kecil kedai runcit layak menerima bantuan Geran Khas BKSS.

Sementara itu, Muhamad Ikhtiari Ibrahim, 29, menyatakan beliau amat lega dengan pengagihan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan 3.0 oleh kerajaan kepada golongan peniaga peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sepertinya kerana sumbangan tunai yang diterima berjumlah RM1500 dapat digunakan sebagai modal tambahan bagi perniagaan makanan atas talian yang Ikhtiari usahakan bersama isterinya.

Muhamad Ikhtiari Ibrahim

GKP Tambahan 3.0 merupakan inisiatif PEMERKASA Plus di bawah matlamat ketiganya iaitu menyokong kelangsungan perniagaan golongan peniaga yang terjejas berikutan perlaksanaan PKP 3.0 semasa pandemik COVID-19 yang masih berlarutan ketika ini.

Kata pemilik MIKH Enterprise itu, beliau bersyukur apabila menerima berita berkaitan pemberian wang tunai tambahan GKP 3.0 tersebut kerana sememangnya bantuan tersebut melancarkan urusan perniagaan kecil-kecilan produk makanan yang jelasnya sedikit berkurang hasil jualan semasa tempoh PKP.

“Dengan adanya bantuan GKP 3.0 ini, saya dapat membuat pusingan modal bagi hasil barangan jualan makanan kerana tidak dinafikan, keuntungan dari hasil jualan makanan memang agak tidak menentu maka kegunaan wang bantuan dari kerajaan inilah yang telah memudahkan urusan pencarian rezeki saya sekeluarga.

“Setakat ini ,RM 1000 telah dimasukkan ke akaun pada bulan ini (Jun) dan selebihnya lagi pada bulan Julai hadapan sebanyak RM500,” kongsi Ikhtiari.

Selain itu, pemuda yang berasal dari Kampung Bunga Rampai, Batu Kitang ini menyatakan bapanya juga merupakan antara penerima BPR Tambahan 3.0 dan beliau sekeluarga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan semasa yang cakna dengan keperluan rakyat ekonomi rakyat yang terkesan ketika pandemik.

Pihak kerajaan juga telah melanjutkan tempoh permohonan rayuan BPR mulai 15 sehingga 30 Jun ini bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini yang mana pemohon yang memperoleh kelulusan bagi rayuan kelak layak menerima bayaran BPR Tambahan tersebut yang akan mula disalurkan bermula pada Ogos akan datang.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.